03 December 2009

Percutian Di Genting Highland

Jam 7.30 pagi kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Genting Highland. Sebelum itu, kami singgah di restoran mamak untuk sarapan pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan keadaan lalu-lintas yang lancar.

Tepat jam 10 pagi kami tiba ke destinasi. Aku terus menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk ke Taman Tema ( Theme Park-Outdoor). Aku dan adik-adikku serta seorang kawan berada di dalam taman tema ini sehingga jam 2 petang (makan tengahari dekat bilik hotel) dan masuk kembali jam 3.00 petang. Hampir kesemua permainan telah di naiki antaranya Space Shot, Corkscrew(roller-coaster), Go-Kart dan macam-macam lagi. Jam 9.30 malam barulah kami keluar dari taman tema tersebut.

Selepas keluar dari taman tema, aku mengajak adik2 dan kawanku ke Snow World. Kami berada di dalam sana selama lebih kurang 40 minit. Perkara yang paling melucukan ialah kami makan ais-krim semasa di dalam Snow World (tersangat sejuk jadinya ><). Selepas itu, kami ronda2 sekeliling kawasan berdekatan Snow World. Jam 11.30 malam, kami tiba di bilik, makan malam dan terus tidur.

Jam 11 pagi keesokannya kami bertolak balik. Cuti kali ini sungguh menyeronokan walaupun aku hanya balik lebih kurang seminggu sahaja. ^_^






26 November 2009

Home Sweet Home

Setelah mengharungi perjalanan selama 8 jam akhirnya aku sampai ke rumah tercinta. Bertolak dari stesen bas KT pada jam 10pm dan sampai ke Hentian Putra pada jam 6.00am. Sekarang tengah rehat2 sebab atas bas tidak dapat tidur dengan lena (biasalah naik bas ~_~). Esok dah nak hari raya, so hari ni rasanya duduk di rumah sahaja, kemas2 rumah dan buat apa yang patut...hahaha. Sungguh seronok apabila sudah sampai. ^_^

25 November 2009

Balik Rumah....Yeay!!!

Hari ini aku akan balik ke rumah sempena cuti akhir semester (walaupun dah bermula 2 minggu yang lepas) Cuaca hari ini sangat cerah dengan cahaya matahari yang memancar bumi UMT. Air-air yang melimpah di paya bakau telah kembali surut ke sedia kala. Kalau ada peluang hari ini dapat aku pergi berlatih tenis sebelum balik. Hari ini adalah hari yang aku nantikan ^_^

(p/s: aku mungkin tidak akan selalu online di rumah, so blog ini mungkin tidak dapat di update setiap hari)

24 November 2009

Hari Yang Mendung

2.45pm~
Akhirnya hujan yang turun selama beberapa hari telah pun berhenti ^_^. Namun cuaca tidak cerah, cuma mendung (oklah senang sikit nak gi kedai). Kawan aku, Apai telah pulang semula ke rumahnya di Pahang pagi tadi. (Dia balik je terus x hujan...memang ko bawa hujan lah Apai...hahaha) Hari ini makan tengah hari bersama-sama Fadhli di restoran Selera Melaka. Kemudian, pergi ke CIMB bank untuk membayar baki tertunggak sewa bilik asrama. Hari ini seperti semalam aku hanyalah melepak di dalam bilik bersama-sama laptop ku ^_^

23 November 2009

Relaxing Day

9.45am~
Hari ini hujan lagi =_=!!. Nampaknya latihan tenis hari ini mungkin akan dibatalkan juga. Cuaca hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya kerana hujan turun tidak begitu lebat. Kelibat cahaya matahari dapat di lihat sekali-sekala. Aku berharap hujan akan berhenti supaya dapat aku menjalani latihan tenis yang tertunda beberapa hari.Hari ini hanya melepak di dalam bilik sambil chatting dengan Yahoo Messenger (YM), Facebook dan bermain Ragnarok Online. ~_~.

8.45pm~

Makan malam di restoran Sri Melaka bersama-sama Apai. Malam ni makan nasi goreng daging + milo panas sambil menonton movie dekat Star Movie Channel. Selepas itu, menemani Apai ke cyber cafe. Ini gambar yang di ambil malam ini....^_^


Nasi Goreng Daging + Milo Panas

Melepak Di Cyber Cafe

22 November 2009

Hujan Oh Hujan

9.30 AM~
Nampaknya sudah masuk 5 hari hujan tidak berhenti-henti turun. =_=!! Suasana sungguh sejuk kerana bukan sahaja hujan yang turun tetapi bersertakan tiupan angin yang kadang2 sangat kencang. Keadaan ini menyukarkan aku unutk bergerak ke kedai makan, ATM dan kedai runcit. Semalam aku hampir2 demam (sakit giler kepala) mungkin disebabkan kena air hujan 3-4 hari berturut-turut semasa pergi ke kedai ><. Pagi ini seperti hari sebelumnya, berkabus sedikit dan dapat didengar bunyi ombak yang cukup kuat tanpa lagi bunyi riang2 (tido kot sbb sejuk...hahaha) Dari bilik aku, dapat aku lihat kawasan paya bakau telah di naiki air pada paras yang agak tinggi. Mungkin jalan biawak di UMT ini sudah tidak dapat di lalui. Aktiviti hari ini mungkin lepak sahaja dalam bilik, nantikan update di blog saya malam ini ^_^. Dibawah ini gambar sekitar UMT yang saya ambil dari bilik saya pagi ini.
''
UMT di selimuti kabus...
'
Awan Yang Gelap

Kawasan paya bakau yang paras air makin menaik

7.30 PM~
^__^....Sungguh mengembirakan hari ini kerana aku dapat lagi keluar jalan2 sekitar KT. Kali ini aku dan rakanku (Apai dan Fadhli) bertolak dari UMT pada jam 1.45p.m. Aku menaiki kereta Proton Saga (versi baru) milik adik Fadhli buat pertama kali. Boleh tahan juga kereta Saga versi baru ni ~_~. Kami bergerak ke KT dengan di iringi hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai-renyai. Oh ya ada sorang lagi kawan aku yang turut serta iaitu Jalal (dia datang UMT untuk ambil barang dia dan software anti-virus dari aku). Destinasi pertama kami adalah di kawasan yang banyak bank dimana Jalal berpisah dengan kami untuk menjalani urusan harian dia. Manakala Fadhli pula pergi ke bank untuk menyelesaikan urusannya. Aku dan Apai menunggu di dalam kereta ( agak lama ada dlm 30 minit lebih >.<) Selepas itu, kami bergerak ke kedai alatan sukan untuk menukar grip raket tenis Apai (Apai x puas hati sikit sebab grip yang dia cari x ada...kesian dia...hahahaha.....) Memandangkan semua tidak makan lagi, kami bergerak ke warung makanan MD (berhadapan dgn KFC dekat Hotel Sri Malaysia rasanya). Aku mengambil makanan berlauk ikan merah + milo panas = RM 5.50 (oklah...sbb sedap). Kemudian, Fadhli membawa aku pusing2 kawasan berdekatan dengan Astaka(tempat satu2 nya ada bowling kat KT) dan akhirnya kami tiba di Pantai Batu Buruk yang berhadapan dengan pusat akuatik. Di situ kami membeli jagung bakar seorang satu.....sedap!!! Kami makan sambil melihat ombak yang tinggi dan kuat menghempas pantai. Masa itu hujan turun renyai-renyai. Selesai sahaja makan, kami ke stesen minyak (minyak nak habis sbb kuat sgt pusing2...hahaha) dan kami pun balik ke UMT. Sampai di UMT dlm pukul 5.50p.m. Hari ini betul2 menyeronokan ^_^. dan ini gambar yang aku ambil sepanjang ronda2 hari ini.......

Aku ^_^ didalam kereta Proton Saga

Fadhli Dan Apai (makan tengahari pada jam 4.oopm)

Pantai Batu Buruk
(ombak sangat kuat)

Sedang memilih jagung

Apai dan Fadhli tengah makan jagung bakar
(Apai makan plastik...hahaha)

Aku
(Makan jagung bakar didalam hujan renyai-renyai)


Di stesen minyak Shell sebelum balik
(Fadhli fikir ape tu? Duit minyak? Atau seseorang?)

21 November 2009

Hari Untuk Di Nikmati Sepenuhnya

Pagi ini cuaca agak baik sikit daripada semalam. Keadaan yang mendung sesuai untuk melakukan aktiviti luar (outdoor activities) yang tertunda selama 2-3 hari akibat hujan. Dari tingkap bilikku dapat ku rasa angin yang bertiup kencang tetapi sangat nyaman. Bunyi riang2 membuatkan aku seperti berada di dalam hutan. Oh....tenangnya hari ini =_=. Dari bilikku juga dapat ku dengar pukulan ombak yang bertalu-talu dan lihat betapa kuat serta tingginya ombak hari ini. Harap2 hari ini tidak lagi hujan kerana aku ingin keluar bersiar-siar di bandar bersama-sama rakanku. Semoga hari ini dapat aku nikmati dengan penuh keriangan ^_^


1.00 PM~

Nampaknya, hari ini juga hujan =_=!! Keadaan sejuk ini membuatkan aku mengantuk dan malas untuk bergerak. Hujan sungguh lebat + angin yang kencang. Kawasan UMT di selubungi kabus dan permandangannya sungguh indah dan tenang sekali. Bak kata perpatah "Hujan Itu Rahmat". ^_^

2.40 PM~
Cuaca agak cerah sedikit, nak keluar pergi jalan2 ke KT. ^_^

7.30 PM~
^_^ hari ini sungguh menyeronokan kerana dapat pergi jalan2. Aku bersama-sama dua orang rakan menaiki kereta kaancil pergi bersiar-siar di sekitar KT. Destinasi pertama kami adalah restoran makanan segera McDonald yang baru sahaja dibuka iaitu berhadapan dengan pasaraya Giant. Sungguh ramai sekali di restoran ini walaupun ketika itu hujan sangat lebat bersertakan angin yang bertiup kencang. Aku memesan makanan Prosperity Set saiz besar ^_^. Sedap sungguh setelah sekian lama tidak mengunjung McDonald. Setelah selesai makan, kami bergerak ke pasaraya Giant untuk membeli KFC yang di pesanan oleh rakan di UMT. Berdekatan dengan KFC, terdapat satu kedai (booth) yang menarik perhatian ku iaitu kedai menganalisi cinta (macam motivasi). Ada juga orang yang mengunjungi kedai itu >< buat kan aku dan rakan ku ketawa kerana ia merupakan suatu kedai yang jarang di jumpai. Setelah itu, kami berjalan kaki ke Mydin yang jaraknya tidak sampai 300 meter(anggaran je sbb dekat) dari Giant. Di situ, aku membeli satu gadjet iaitu bluetooth untuk laptopku. Harganya tidak mahal sangat iaitu hanya RM25. Kemudian aku dan rakanku pulang tetapi sempat pusing2 dekat stadium yang runtuh. Di bawah ni ada aku sertakan gambar aku dan rakan ku makan di McD ^_^.


Apai dengan french fries
(cepat giler dia habiskan satu bekas tu)


Fadhli sedang menilik burgernya yang tinggal separuh
(bahagian atas dah hilang ~_~)


Aku dan Fadhli

20 November 2009

Duniaku Yang Indah

"Di manakah aku berada sekarang ini?" soal diriku sebaik sahaja bangun dari tidur yang lena. Aku lihat sekeliling untuk memastikan bahawa aku masih di alam nyata iaitu di bumi UMT. Keadaan yang sejuk ditambah dengan hujan serta kabus tebal di luar bilik, menyebabkan aku berasa seperti berada di luar negara. Oh...nyaman sungguh pagi ini. Aku terpegun dengan keindahan alam ini yang selama ini aku abaikan. Betapa ruginya hati ku mengeluh bahawa selama ini aku gagal menghargai keindahan alam yang sangat dekat dengan diriku. Sungguh indahnya dunia ini, aku berharap keindahannya dapat dikekalkan. Aku berharap hari ini juga akan menjadi hari yang indah bagi diriku...... ^_^

19 November 2009

Kebosanan+Kerinduan= ?

Hari ini....suasana juga seperti semalam, sejuk =_=!! ."Oh...Sang Matahari, dimanakah kau menyembunyikan dirimu?". Bunyi ombak yang kuat menghentam pantai dan bunyi ungas2 yang nyaring sungguh menenangkan jiwa ku hari ini. Perasan ku sedikit terganggu dengan kerinduan untuk pulang ke rumah akibat kebosanan berada dekat UMT seorang diri. Terbayang-bayang di fikiranku wajah adik-adikku dan ibubapaku. Kalau boleh ingin sahaja aku terus balik hari ini namun aku terpaksa berkorban demi kejayaanku di masa hadapan. Hari ini tidak tahu lagi apa yang hendak dilakukan.....cuma berharap ia menjadi hari yang lebih baik daripada semalam ^_^

18 November 2009

Hari Ini.....

Hari ini cuaca di UMT sungguh sejuk. Ia membuat diriku terasa mengantuk dan malas. Hujan yang sejak semalam lagi belum berhenti menyebabkan aku tidak dapat ke ATM =_= (duit dah xde ni). Minta2 hujan ni berhenti sekejap lagi sebab petang ni ade training tenis. Sia-sia lah pergorbanan aku yg x balik cuti kalau training batal. Walaubagaimanapun, diriku perlu mencari makanan seperti nasi sebab semalam makan maggie je =_=!! Oh yaa....tadi rakan tenis ku baru je sampai selepas dia balik bercuti dulu (ni mesti dia yg bawa hujan...huhuhu....). Tetapi hari ni tetap perlu ditempuhi....semoga ia merupakan satu lagi hari yg mmengembirakan bagi diriku ^__^

17 November 2009

My First Blog ^_^

Hai.... Slmt dtg ke blog saya.

Ini adalah first time buat blog atas dorongan rakan2. Byk lagi yg saya tidak tahu mengenai setting blog ini. Harap2 ade yg sudi membantu. ^__^