24 September 2011

T_T Laptop Rosak

Hari yang menyedihkan apabila gadjet yang telah berkhidmat untuk diriku selama 3 tahun lebih telah mengalami kerosakan. 
Kerosakan tidak diketahui apakah puncanya kerana tiba-tiba sahaja screen laptop ni dah jadi warna pelangi dengan jalur-jalur =.= 
Adoiyaiiii..... Nak baiki harga mencecah +-500 huhu.... mane nak dpt duit ni....terpaksa lah guna juga sbb ada byk assignment n kerja-kerja yang memerlukan khidmat laptop....
@_@ pening sbb tulisan dah tak berapa nampak...apa pun terpaksa harungi juga... O_O

05 September 2011

New item =D

Hari raya baru-baru ini adapter laptop rosak...terbakor =.=
Terpaksalah gi Lowyat beli baru (habis RM80 aku...adeh....)


Alang-alang dah sampai Lowyat, so beli lah external 500gb sementara duit raya masih ade haha...

Jalan-jalan di Lowyat dan Sungei Wang...orang x ramai sgt sbb ada yg x balik raya lagi...
Kul 4pm balik rumah selepas makan McD haha...
 

03 September 2011

Riang Ria Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya buat semua =)
Sambutan hari raya di kampung semestinya sangat meriah dengan kanak-kanak datang beraya, bunga api, letupan mercun, pelbagai juadah makanan dan sebagainya termasuk jem hahaha....
Hari raya tahun ni baju raya bertema warna tanah atau kuning coklat macam tu lah lebih kurang... Tahun ni x sangka dapat lagi duit raya hehe =D
Tak ada ape nak di tulis lagi...jom tgk gambar sepanjang raya ni yang serba sedikit :)




27 August 2011

Persiapan Raya :)

Hari Raya hanya tinggal beberapa hari lagi. Persiapan raya dah lengkap. Baju raya, seluar raya dan gajet raya iaitu kamera baru :D Sekarang dah berada di Kampung. Suasanan yang berbeza berbanding di bandar besar :) . Terima kasih kepada ayah yang tercinta kerana membelikan aku gajet raya hehe...terbaik....

DSC-W570
Boleh lah ambil banyak2 gambar raya ni :D

Selamat Hari Raya

12 August 2011

Bulan Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Hati berasa tenang di bulan yang penuh mulia ini. Di bulan ini, setiap amalan akan dilipat ganda pahalanya.
Marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang penuh mulia ini dengan pelbagai ibadat seperti membaca Al-Quran, solat sunat terawikh dan berzikir. Semoga dapat dilenturkan nafsu yang sentiasa membelenggukan diri. 
Berserdahana dalam berpuasa bagi mengingati golongan yang kekurangan makanan di seluruh dunia. Ingatlah betapa sukarnya hidup mereka dalam keadaan serba kekurangan. Jarang memperolehi nikmat kenyang. Moga nasib mereka bertambah baik di bulan yang mulia ini.
Moga di bulan Ramadhan ini dosa-dosa kita dihapuskan dan diterima amalan kita. Semoga kita berjaya mengharungi puasa pada tahun ini dengan jaya dan penuh dengan amalan.
Selamat Berpuasa.

01 January 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

HAPPY NEW YEAR 2011
LET MAKE IT A WONDERFUL YEAR
(^_^)