27 August 2011

Persiapan Raya :)

Hari Raya hanya tinggal beberapa hari lagi. Persiapan raya dah lengkap. Baju raya, seluar raya dan gajet raya iaitu kamera baru :D Sekarang dah berada di Kampung. Suasanan yang berbeza berbanding di bandar besar :) . Terima kasih kepada ayah yang tercinta kerana membelikan aku gajet raya hehe...terbaik....

DSC-W570
Boleh lah ambil banyak2 gambar raya ni :D

Selamat Hari Raya

12 August 2011

Bulan Ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Hati berasa tenang di bulan yang penuh mulia ini. Di bulan ini, setiap amalan akan dilipat ganda pahalanya.
Marilah sama-sama kita mengimarahkan bulan yang penuh mulia ini dengan pelbagai ibadat seperti membaca Al-Quran, solat sunat terawikh dan berzikir. Semoga dapat dilenturkan nafsu yang sentiasa membelenggukan diri. 
Berserdahana dalam berpuasa bagi mengingati golongan yang kekurangan makanan di seluruh dunia. Ingatlah betapa sukarnya hidup mereka dalam keadaan serba kekurangan. Jarang memperolehi nikmat kenyang. Moga nasib mereka bertambah baik di bulan yang mulia ini.
Moga di bulan Ramadhan ini dosa-dosa kita dihapuskan dan diterima amalan kita. Semoga kita berjaya mengharungi puasa pada tahun ini dengan jaya dan penuh dengan amalan.
Selamat Berpuasa.