20 July 2012

Ramadhan Tiba Lagi

Alhamdulillah, tahun ini masih diberikan kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan
Berharap Ramadhan kali ini dapat ku lalui dengan sempurna dan meningkatkan ibadah sebanayak yang mungkin. 
Ku memohon kepadaNYA agar diberi kekuatan dan ketenangan dalam mengharungi bulan ini. 
Bulan Ramadhan ini akan ku gunakan sebaik mungkin dan mengharap segalanya berjalan dengan lancar. 
Berharap aku memperolehi peluang kerjaya secepat yang mungkin.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

06 July 2012

Finally.....

Akhirnya, tamat sudah pengajian selama 3 tahun di UMT. Segala pahit manis pengalaman akan ku ingati. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mewarnai hidupku sepanjang pengajian ini. Ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati dan halalkan segala-galanya. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Selamat menempuhi alam pekerjaan dan selamat belajar bagi yang meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. :D

05 February 2012

2012

Sudah lama x update blog ni disebabkan kesibukan dengan FYP =.=
Harap2 semua berjalan dengan lancar.
Dah ada laptop baru skrg hehehe.... :)
Selamat Tahun Baru (walaupun dah lambat sebulan hahaha.....)

24 September 2011

T_T Laptop Rosak

Hari yang menyedihkan apabila gadjet yang telah berkhidmat untuk diriku selama 3 tahun lebih telah mengalami kerosakan. 
Kerosakan tidak diketahui apakah puncanya kerana tiba-tiba sahaja screen laptop ni dah jadi warna pelangi dengan jalur-jalur =.= 
Adoiyaiiii..... Nak baiki harga mencecah +-500 huhu.... mane nak dpt duit ni....terpaksa lah guna juga sbb ada byk assignment n kerja-kerja yang memerlukan khidmat laptop....
@_@ pening sbb tulisan dah tak berapa nampak...apa pun terpaksa harungi juga... O_O

05 September 2011

New item =D

Hari raya baru-baru ini adapter laptop rosak...terbakor =.=
Terpaksalah gi Lowyat beli baru (habis RM80 aku...adeh....)


Alang-alang dah sampai Lowyat, so beli lah external 500gb sementara duit raya masih ade haha...

Jalan-jalan di Lowyat dan Sungei Wang...orang x ramai sgt sbb ada yg x balik raya lagi...
Kul 4pm balik rumah selepas makan McD haha...
 

03 September 2011

Riang Ria Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya buat semua =)
Sambutan hari raya di kampung semestinya sangat meriah dengan kanak-kanak datang beraya, bunga api, letupan mercun, pelbagai juadah makanan dan sebagainya termasuk jem hahaha....
Hari raya tahun ni baju raya bertema warna tanah atau kuning coklat macam tu lah lebih kurang... Tahun ni x sangka dapat lagi duit raya hehe =D
Tak ada ape nak di tulis lagi...jom tgk gambar sepanjang raya ni yang serba sedikit :)




27 August 2011

Persiapan Raya :)

Hari Raya hanya tinggal beberapa hari lagi. Persiapan raya dah lengkap. Baju raya, seluar raya dan gajet raya iaitu kamera baru :D Sekarang dah berada di Kampung. Suasanan yang berbeza berbanding di bandar besar :) . Terima kasih kepada ayah yang tercinta kerana membelikan aku gajet raya hehe...terbaik....

DSC-W570
Boleh lah ambil banyak2 gambar raya ni :D

Selamat Hari Raya