03 December 2009

Percutian Di Genting Highland

Jam 7.30 pagi kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Genting Highland. Sebelum itu, kami singgah di restoran mamak untuk sarapan pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dengan keadaan lalu-lintas yang lancar.

Tepat jam 10 pagi kami tiba ke destinasi. Aku terus menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket masuk ke Taman Tema ( Theme Park-Outdoor). Aku dan adik-adikku serta seorang kawan berada di dalam taman tema ini sehingga jam 2 petang (makan tengahari dekat bilik hotel) dan masuk kembali jam 3.00 petang. Hampir kesemua permainan telah di naiki antaranya Space Shot, Corkscrew(roller-coaster), Go-Kart dan macam-macam lagi. Jam 9.30 malam barulah kami keluar dari taman tema tersebut.

Selepas keluar dari taman tema, aku mengajak adik2 dan kawanku ke Snow World. Kami berada di dalam sana selama lebih kurang 40 minit. Perkara yang paling melucukan ialah kami makan ais-krim semasa di dalam Snow World (tersangat sejuk jadinya ><). Selepas itu, kami ronda2 sekeliling kawasan berdekatan Snow World. Jam 11.30 malam, kami tiba di bilik, makan malam dan terus tidur.

Jam 11 pagi keesokannya kami bertolak balik. Cuti kali ini sungguh menyeronokan walaupun aku hanya balik lebih kurang seminggu sahaja. ^_^






No comments:

Post a Comment