20 November 2009

Duniaku Yang Indah

"Di manakah aku berada sekarang ini?" soal diriku sebaik sahaja bangun dari tidur yang lena. Aku lihat sekeliling untuk memastikan bahawa aku masih di alam nyata iaitu di bumi UMT. Keadaan yang sejuk ditambah dengan hujan serta kabus tebal di luar bilik, menyebabkan aku berasa seperti berada di luar negara. Oh...nyaman sungguh pagi ini. Aku terpegun dengan keindahan alam ini yang selama ini aku abaikan. Betapa ruginya hati ku mengeluh bahawa selama ini aku gagal menghargai keindahan alam yang sangat dekat dengan diriku. Sungguh indahnya dunia ini, aku berharap keindahannya dapat dikekalkan. Aku berharap hari ini juga akan menjadi hari yang indah bagi diriku...... ^_^

No comments:

Post a Comment