21 November 2009

Hari Untuk Di Nikmati Sepenuhnya

Pagi ini cuaca agak baik sikit daripada semalam. Keadaan yang mendung sesuai untuk melakukan aktiviti luar (outdoor activities) yang tertunda selama 2-3 hari akibat hujan. Dari tingkap bilikku dapat ku rasa angin yang bertiup kencang tetapi sangat nyaman. Bunyi riang2 membuatkan aku seperti berada di dalam hutan. Oh....tenangnya hari ini =_=. Dari bilikku juga dapat ku dengar pukulan ombak yang bertalu-talu dan lihat betapa kuat serta tingginya ombak hari ini. Harap2 hari ini tidak lagi hujan kerana aku ingin keluar bersiar-siar di bandar bersama-sama rakanku. Semoga hari ini dapat aku nikmati dengan penuh keriangan ^_^


1.00 PM~

Nampaknya, hari ini juga hujan =_=!! Keadaan sejuk ini membuatkan aku mengantuk dan malas untuk bergerak. Hujan sungguh lebat + angin yang kencang. Kawasan UMT di selubungi kabus dan permandangannya sungguh indah dan tenang sekali. Bak kata perpatah "Hujan Itu Rahmat". ^_^

2.40 PM~
Cuaca agak cerah sedikit, nak keluar pergi jalan2 ke KT. ^_^

7.30 PM~
^_^ hari ini sungguh menyeronokan kerana dapat pergi jalan2. Aku bersama-sama dua orang rakan menaiki kereta kaancil pergi bersiar-siar di sekitar KT. Destinasi pertama kami adalah restoran makanan segera McDonald yang baru sahaja dibuka iaitu berhadapan dengan pasaraya Giant. Sungguh ramai sekali di restoran ini walaupun ketika itu hujan sangat lebat bersertakan angin yang bertiup kencang. Aku memesan makanan Prosperity Set saiz besar ^_^. Sedap sungguh setelah sekian lama tidak mengunjung McDonald. Setelah selesai makan, kami bergerak ke pasaraya Giant untuk membeli KFC yang di pesanan oleh rakan di UMT. Berdekatan dengan KFC, terdapat satu kedai (booth) yang menarik perhatian ku iaitu kedai menganalisi cinta (macam motivasi). Ada juga orang yang mengunjungi kedai itu >< buat kan aku dan rakan ku ketawa kerana ia merupakan suatu kedai yang jarang di jumpai. Setelah itu, kami berjalan kaki ke Mydin yang jaraknya tidak sampai 300 meter(anggaran je sbb dekat) dari Giant. Di situ, aku membeli satu gadjet iaitu bluetooth untuk laptopku. Harganya tidak mahal sangat iaitu hanya RM25. Kemudian aku dan rakanku pulang tetapi sempat pusing2 dekat stadium yang runtuh. Di bawah ni ada aku sertakan gambar aku dan rakan ku makan di McD ^_^.


Apai dengan french fries
(cepat giler dia habiskan satu bekas tu)


Fadhli sedang menilik burgernya yang tinggal separuh
(bahagian atas dah hilang ~_~)


Aku dan Fadhli

1 comment:

  1. sronok yer.. pasal la letak gambar kawe yg comot tuuu.. hak2.. sem depan kite g KB mall ajak la sape2 yg nak ikut.. umi mane???

    ReplyDelete