22 November 2009

Hujan Oh Hujan

9.30 AM~
Nampaknya sudah masuk 5 hari hujan tidak berhenti-henti turun. =_=!! Suasana sungguh sejuk kerana bukan sahaja hujan yang turun tetapi bersertakan tiupan angin yang kadang2 sangat kencang. Keadaan ini menyukarkan aku unutk bergerak ke kedai makan, ATM dan kedai runcit. Semalam aku hampir2 demam (sakit giler kepala) mungkin disebabkan kena air hujan 3-4 hari berturut-turut semasa pergi ke kedai ><. Pagi ini seperti hari sebelumnya, berkabus sedikit dan dapat didengar bunyi ombak yang cukup kuat tanpa lagi bunyi riang2 (tido kot sbb sejuk...hahaha) Dari bilik aku, dapat aku lihat kawasan paya bakau telah di naiki air pada paras yang agak tinggi. Mungkin jalan biawak di UMT ini sudah tidak dapat di lalui. Aktiviti hari ini mungkin lepak sahaja dalam bilik, nantikan update di blog saya malam ini ^_^. Dibawah ini gambar sekitar UMT yang saya ambil dari bilik saya pagi ini.
''
UMT di selimuti kabus...
'
Awan Yang Gelap

Kawasan paya bakau yang paras air makin menaik

7.30 PM~
^__^....Sungguh mengembirakan hari ini kerana aku dapat lagi keluar jalan2 sekitar KT. Kali ini aku dan rakanku (Apai dan Fadhli) bertolak dari UMT pada jam 1.45p.m. Aku menaiki kereta Proton Saga (versi baru) milik adik Fadhli buat pertama kali. Boleh tahan juga kereta Saga versi baru ni ~_~. Kami bergerak ke KT dengan di iringi hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai-renyai. Oh ya ada sorang lagi kawan aku yang turut serta iaitu Jalal (dia datang UMT untuk ambil barang dia dan software anti-virus dari aku). Destinasi pertama kami adalah di kawasan yang banyak bank dimana Jalal berpisah dengan kami untuk menjalani urusan harian dia. Manakala Fadhli pula pergi ke bank untuk menyelesaikan urusannya. Aku dan Apai menunggu di dalam kereta ( agak lama ada dlm 30 minit lebih >.<) Selepas itu, kami bergerak ke kedai alatan sukan untuk menukar grip raket tenis Apai (Apai x puas hati sikit sebab grip yang dia cari x ada...kesian dia...hahahaha.....) Memandangkan semua tidak makan lagi, kami bergerak ke warung makanan MD (berhadapan dgn KFC dekat Hotel Sri Malaysia rasanya). Aku mengambil makanan berlauk ikan merah + milo panas = RM 5.50 (oklah...sbb sedap). Kemudian, Fadhli membawa aku pusing2 kawasan berdekatan dengan Astaka(tempat satu2 nya ada bowling kat KT) dan akhirnya kami tiba di Pantai Batu Buruk yang berhadapan dengan pusat akuatik. Di situ kami membeli jagung bakar seorang satu.....sedap!!! Kami makan sambil melihat ombak yang tinggi dan kuat menghempas pantai. Masa itu hujan turun renyai-renyai. Selesai sahaja makan, kami ke stesen minyak (minyak nak habis sbb kuat sgt pusing2...hahaha) dan kami pun balik ke UMT. Sampai di UMT dlm pukul 5.50p.m. Hari ini betul2 menyeronokan ^_^. dan ini gambar yang aku ambil sepanjang ronda2 hari ini.......

Aku ^_^ didalam kereta Proton Saga

Fadhli Dan Apai (makan tengahari pada jam 4.oopm)

Pantai Batu Buruk
(ombak sangat kuat)

Sedang memilih jagung

Apai dan Fadhli tengah makan jagung bakar
(Apai makan plastik...hahaha)

Aku
(Makan jagung bakar didalam hujan renyai-renyai)


Di stesen minyak Shell sebelum balik
(Fadhli fikir ape tu? Duit minyak? Atau seseorang?)

1 comment:

  1. woit.. bile aq termenung, aq memikirkan bnyk perkara, 1: familiku, 2: seseorg (hak3), 3: bioD anak buahku dan bnyk lagi laa...

    ReplyDelete